AGENDA

LUAS pantau sungai 24 jam, elak gangguan air ketika Aidilfitri

12 Mei 2021, 2:03 AM
LUAS pantau sungai 24 jam, elak gangguan air ketika Aidilfitri

SHAH ALAM, 12 MEI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) giat memantau lembangan sungai bagi memastikan tiada insiden pencemaran air ketika sambutan Aidilfitri.

Agensi berkata usaha 24 jam itu bertujuan mengelak henti tugas loji rawatan air dan tidak mengganggu penyaluran bekalan ketika perayaan dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Operasi pemantauan tanpa henti dilaksanakan Skuad Pantas LUAS di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang termasuk empangan negeri.

"LUAS juga melaksanakan pemantauan statik (pensampelan in-situ) di kawasan strategik yang dikenal pasti berisiko selain pensampelan berkala seperti kajian kebersihan lembangan sungai bagi memantau status kualiti air dengan lebih berkesan.

Menurutnya, agensi sentiasa bersiap sedia melalui Operasi Pengepaman Air Kolam (Opak) sumber air alternatif seperti HORAS 600 dan 'off-river storage' (ORS) di Bestari Jaya.

"Ia bertujuan menyalurkan air sebagai sumber tambahan bagi membantu mempercepatkan langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619