AGENSI

Baik pulih bumbung `Flat Colombia' siap awal, penghuni ceria sambut Syawal

11 Mei 2021, 7:46 AM
Baik pulih bumbung `Flat Colombia' siap awal, penghuni ceria sambut Syawal

 

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerja baik pulih kerosakan bumbung Pangsapuri PKNS Taman Keramat AU 2 di Hulu Klang selesai sepenuhnya, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembaikan bumbung bangunan juga dikenali Flat Colombia ditaja sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Alhamdulillah kerja selesai lebih awal untuk keselesaan penduduk," katanya menerusi Facebook hari ini. Pengumuman itu dijangka menceriakan keluarga mangsa.

Pada 29 April Amirudin turun padang meninjau kerosakan susulan kejadian ribut sehari sebelumnya serta memberi jaminan pembaikan siap menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketika lawatan, beliau menganggar peruntukan antara RM50,000 hingga RM60,000 diperlukan untuk membaiki kerosakan.

Dato' Menteri Besar turut turut menyampaikan bantuan segera sejumlah RM1,000 serta keperluan barangan asas kepada lima keluarga terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619