AGENSI

MB: Rumah Selangorku Idaman Kajang siap hujung tahun

11 Mei 2021, 1:55 AM
MB: Rumah Selangorku Idaman Kajang siap hujung tahun

SHAH ALAM, 11 MEI: Projek Rumah Selangorku Idaman di Kajang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kediaman berkeluasan 1,052 kaki persegi itu turut dilengkapi perabot termasuk dua petak parkir berbumbung.

"Rumah berharga RM250,000 ini dilengkapi sistem pembiayaan mampu milik khusus untuk rakyat Selangor," katanya dalam keratan video di Twitter.

Video itu memaparkan Amirudin melawat tapak projek Rumah Idaman di Tropicana Kajang 2.

Kerajaan Selangor meluluskan pembinaan 80,650 unit Rumah Selangorku Idaman dan Harapan menerusi 41 projek yang dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun.

Daripada jumlah itu, lebih 77,000 ditawarkan kepada orang awam manakala selebihnya diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619