AGENDA

Saringan percuma mahu cegah kluster ziarah Syawal

10 Mei 2021, 9:00 AM
Saringan percuma mahu cegah kluster ziarah Syawal

HULU LANGAT, 10 MEI: Program Saringan Komuniti secara percuma anjuran Kerajaan Negeri bertujuan mengekang perebakan Covid-19 sempena Syawal, kata Pengurus Klinik Selcare.

Mohd Noor Md Nasir berkata kebimbangan itu bersandarkan fakta sebanyak 80 peratus pesakit Covid-19 yang hadir melakukan saringan sebelum ini didapati tidak bergejala.

"Keputusan Kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran ziarah Hari Raya Aidilfitri menimbulkan sedikit kebimbangan tercetus kluster baharu.

"Justeru kita menggesa masyarakat manfaatkan insiatif saringan percuma di setiap DUN," katanya pada Program Saringan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di Dewan Orang Ramai Titiwangsa di sini, hari ini.

Beliau berkata saringan percuma diteruskan di DUN Lembah Jaya (Dewan Lembah Jaya) dan DUN Pandan Indah (Dewan MPAJ) esok.

Pada 4 Mei, Kerajaan Persekutuan mengumumkan ziarah hari raya bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran 15 tetamu.

Ziarah hari raya bagi PKP Bersayarat dan PKP Pemulihan dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal, masing-masing terhad 20 serta 25 tetamu.

Jumlah tetamu tersebut mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619