AGENSI

Covid-19: Empat daerah Selangor catat kes bawah 100

10 Mei 2021, 12:31 AM
Covid-19: Empat daerah Selangor catat kes bawah 100

SHAH ALAM, 10 MEI: Empat daerah di negeri ini merekodkan kes harian Covid-19 bawah 100 semalam, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi memaklumkan daerah terbabit meliputi Sabak Bernam yang mencatat angka terendah dengan 15 kes diikuti Hulu Selangor (17), Sepang (66) dan Kuala Selangor (70).

"Petaling kekal jumlah tertinggi dengan 342 jangkitan membabitkan 127 kes di mukim Petaling, Damansara (111), Sungai Buloh (79) dan Bukit Raja (25), majoriti berpunca daripada saringan kontak rapat.

"Hulu Langat pada kedudukan kedua dengan 272 kes iaitu 80 kes di mukim Kajang, Ampang dan Cheras masing-masing 77 kes, Semenyih (33) dan Hulu Langat (lima)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jabatan itu menambah sebanyak 194 kes direkodkan di Kuala Langat, Gombak (165) dan Klang (137).

Selangor merekodkan sebanyak 1,278 kes Covid-19 semalam dan 1,080 kes sembuh.

Keseluruhannya, seramai 138,172 pesakit di negeri itu berjaya pulih berbanding 143,270 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619