AGENDA

Polis: Video pengunjung sesak bukan di GM Klang, Kompleks PKNS Shah Alam

9 Mei 2021, 12:44 PM
Polis: Video pengunjung sesak bukan di GM Klang, Kompleks PKNS Shah Alam

SHAH ALAM, 9 MEI: Polis menafikan video tular memaparkan orang ramai berpusu-pusu tanpa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) untuk membeli-belah berlaku di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam.

Ketua Polis Selangor Dato' Arjunaidi Mohamed berkata penelitian melalui perbandingan tempat yang ditunjukkan dalam video mendapati ia berbeza dengan bentuk fizikal kedua-dua premis tersebut.

"Pemantauan juga mendapati tiada berlaku sebarang pelanggaran pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh orang ramai," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu isu yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab.

Arjunaidi menambah pihaknya terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua lokasi orang ramai bagi memastikan SOP PKP dipatuhi.

Terdahulu, Polis Selangor mengesan satu video klip selama 19 saat yang tular melalui media sosial dan didakwa sesetengah pihak berlaku sama ada di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619