AGENDA

Hampir 3,000 daftar saringan percuma di Balakong, Sungai Ramal

9 Mei 2021, 9:30 AM
Hampir 3,000 daftar saringan percuma di Balakong, Sungai Ramal
Hampir 3,000 daftar saringan percuma di Balakong, Sungai Ramal

BANGI, 9 MEI: Hampir 3,000 individu membuat prapendaftaran saringan percuma Covid-19 menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) hari ini.

Pengurus Klinik Selcare berkata seramai 1,550 individu mendaftar di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong setakat tengah hari tadi, manakala 1,200 di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

[caption id="attachment_465895" align="alignleft" width="303"] Pengurus Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir[/caption]

"Jumlah pradaftar amat memberangsangkan malahan peningkatan lebih baik berbanding semalam. Kita harap masyarakat tidak melepaskan peluang ini untuk hadir dan buat saringan kerana proses pun tidak lama, memadai hanya tiga minit sahaja," kata Mohd Noor Md Nasir.

Beliau berkata demikian pada program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini.

Menurutnya, orang ramai mula beratur seawal jam 7.45 pagi sekali gus membuktikan tahap kesedaran semakin baik.

"Anda tidak perlu takut sebaliknya perlu mengambil peluang ini untuk tahu status kesihatan dan pada masa sama kita boleh mengambil langkah berwaspada," katanya.

Kerajaan Selangor mengadakan program pengawasan bagi mengenal pasti kes aktif Covid-19 di seluruh negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program saringan dimulakan sekitar Kajang dan Semenyih dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619