ADN

Hargai petugas hadapan, ADN Kota Anggerik sumbang juadah sahur

9 Mei 2021, 7:55 AM
Hargai petugas hadapan, ADN Kota Anggerik sumbang juadah sahur

SHAH ALAM, 9 MEI: Wakil rakyat Kota Anggerik menyumbang 95 pek makanan sahur kepada petugas barisan hadapan di lapangan sekitar Shah Alam, awal pagi semalam.

Sebanyak 50 pek diserah kepada petugas perubatan wad kecemasan Hospital Shah Alam, 30 pek untuk Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 manakala baki kepada anggota Balai Polis Seksyen 6.

Najwan Halimi berkata juadah berupa nasi lauk daging, serunding dan air diagih dengan kerjasama Pengerak Belia Selangor Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik.

"Sumbangan ini bagi menghargai pengorbanan petugas terbabit yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing sejak penularan Covid-19.

"Semoga Allah SWT memudahkan segala tugas mereka dan mengurniakan ganjaran kebaikan atas khidmat bakti yang dicurahkan," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Najwan berkata sumbangan juadah berbuka tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) turut diagihkan kepada penduduk Pangsapuri PKNS di Seksyen 16.

Beliau berkata serahan dibuat kepada wakil ketua blok meliputi 926 buah rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619