EXCO

Elak cetus wabak, lebih ramai Rela pantau SOP pasar tani

9 Mei 2021, 7:02 AM
Elak cetus wabak, lebih ramai Rela pantau SOP pasar tani

SHAH ALAM, 9 MEI: Jumlah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di pasar tani seluruh negeri ditambah bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi.

EXCO industri asas tani berkata tindakan selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menjadikan kawasan itu selamat dikunjungi sekali gus bebas penularan Covid-19.

"Ada pertambahan kerana sebelum ini mereka berperanan dalam menjaga lalu lintas tetapi dengan PKP ini kita tambah bilangan mereka bergantung pada sesuatu lokasi.

"Dari dua orang kepada empat, ada juga enam orang selain penguat kuasa dari pihak berkuasa tempatan untuk memantau," kata Ir Izham Hashim selepas melawat Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini.

Beliau berkata kaedah pemberian nombor bagi tujuan penggiliran keluar masuk juga dibuat bagi memastikan keadaan terkawal.

"Sistem kad ini kita berikan kepada kawasan tertentu terutama lokasi yang sempit. Kalau kawasan luas seperti di sini (Stadium Shah Alam) kita tidak gunakan," katanya.

Enam daerah di Selangor dikenakan PKP berkuat kuasa mulai 6 hingga 17 Mei manakala tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor kekal PKP Bersyarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619