AGENDA

Dr Dzulkefly: PKP tidak boleh lama tapi harus tegas

9 Mei 2021, 1:30 AM
Dr Dzulkefly: PKP tidak boleh lama tapi harus tegas
Dr Dzulkefly: PKP tidak boleh lama tapi harus tegas

KAJANG, 9 MEI: Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor ketika ini adalah singkat, namun boleh mendatangkan mudarat jika terlalu lama.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berpandangan negeri itu memerlukan sekurang-kuranya 28 hari bagi menurunkan jumlah kes Covid-19.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata PKP 1.0 pada Mac tahun lalu berjaya mengurangkan kes, namun boleh memberi kesan tidak baik khususnya kepada rakyat.

[caption id="attachment_470932" align="alignleft" width="429"] Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada media pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Perkara paling penting bukan memanjangkan tempoh itu terlalu lama sebaliknya penguatkuasaan, pematuhan dalam waktu itu...kerana kita tahu PKP ini memudaratkan kepada rakyat.

“Kalau betul-betul kita nak buat PKP perlu pantas, tegas, keras tetapi singkat. Jangan terlalu lama kerana beban kepada ekonomi, rakyat,” katanya ditemui pada program saringan Covid-19 di Dewan Cempaka, Saujana Impian semalam.

Sementara itu, Dr Dzulkefly mengakui saringan besar-besaran ketika ini akan meningkatkan jumlah kes, namun berpotensi mengenal pasti jangkitan sekali gus mengawalnya.

“Kita akan gagal jika mengekori virus dan tidak mengatasinya. Ia hanya dapat diatasi jika kita meningkatkan ujian, selepas ujian dibuat kita tingkatkan isolasi.

“Jangan izinkan yang positif merayau, sebab itu kit ujian pantas ini penting bukan 48 jam tunggu keputusan dan dalam tempoh itu individu itu merayau. Ini menyebabkan kita gagal mengawal,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619