AGENSI

Pemilik kilang simpan minyak pelincir terpakai dipenjara, didenda

8 Mei 2021, 1:15 AM
Pemilik kilang simpan minyak pelincir terpakai dipenjara, didenda

SHAH ALAM, 8 MEI: Pemilik sebuah kilang yang menjalankan aktiviti penstoran minyak pelincir terpakai di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen Sepang.

Hakim Noorhisham Jaafar menjatuhi hukuman ke atas pemilik berusia 37 tahun selaku orang kena saman (OKS) selain mengarahkannya membayar denda sebanyak RM85,000.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berkata OKS mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menjalankan aktiviti terbabit tanpa kebenaran jabatan tersebut.

"Pada 24 Oktober 2019, OKS didapati menempatkan buangan terjadual di premisnya tanpa kelulusan ketua pengarah Alam Sekeliling mengikut Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000,” kata Nor Aziah Jaafar dalam kenyataan semalam.

Bagi pertuduhan kedua, beliau berkata pemilik didapati menjalankan aktiviti tanpa kelulusan Laporan EIA seperti kehendak mengikut Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sementara pertuduhan ketiga, pemilik didapati menjalankan aktiviti berkenaan tanpa Kebenaran Bertulis daripada ketua pengarah mengikut Seksyen 19(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Bagi pertuduhan terakhir, pemilik menjalankan aktiviti tanpa lesen sebagai Premis Yang Ditetapkan daripada ketua pengarah mengikut Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," kata Nor Aziah.

Beliau menegaskan JAS Selangor tidak akan berkompromi terhadap penjenayah alam sekitar dan sentiasa mengambil tindakan tegas.

Aktiviti pencemaran alam sekitar boleh dilapor melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel aduan_k@doe.gov.my atau portal e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619