AGENDA

Langgar SOP di restoran, Najib dikompaun RM3,000

7 Mei 2021, 6:14 AM
Langgar SOP di restoran, Najib dikompaun RM3,000

SHAH ALAM, 7 MEI: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang pada Mac.

Ketua polis Dang Wangi berkata Najib dikompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021, lapor Berita Harian.

"Kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu badan ketika memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng dan kesalahan kedua, gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

"Pengurus restoran, Yeok Wei Hao dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Datuk Seri Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP," kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal.

Tambah beliau, semua yang terbabit akan dikenakan kompaun dalam masa terdekat dengan nilai kompaun keseluruhan RM13,000.

Pada 19 Mac, polis mengambil keterangan Najib susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi SOP ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang.

Video tular selama satu minit 39 saat memaparkan ahli parlimen Pekan bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera yang diperlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619