AGENDA

Negeri zon merah diutamakan dapat vaksin AstraZeneca

5 Mei 2021, 6:42 AM
Negeri zon merah diutamakan dapat vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM, 5 MEI: Negeri zon merah diberi keutamaan untuk menerima vaksin AstraZeneca secara sukarela, kata menteri penyelaras Covid-19.

Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya sedang meneliti negeri lain untuk menerima vaksin tersebut selepas Kuala Lumpur dan Selangor, lapor Berita Harian.

"Kerajaan akan menerima lebih banyak lagi penghantaran vaksin AstraZeneca pada bulan ini iaitu melebihi satu juta dos.

"Saya merancang untuk membuka pusat pemberian vaksin (PPV) AstraZeneca secara sukarela di negeri lain, dengan tumpuan diberikan pada negeri zon merah," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Program suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca kepada sukarelawan yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor dimulakan hari ini di empat PPV.

Pusat tersebut meliputi Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619