AGENDA

Ringgit dibuka tinggi 4.1000/1050 berbanding dolar AS

4 Mei 2021, 2:46 AM
Ringgit dibuka tinggi 4.1000/1050 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1000/1050 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1055 ketika ditutup pada Isnin.

Ketika laporan ini ditulis, minyak mentah Brent diniagakan pada US$67.68 setong, meningkat 0.18 peratus.

Ringgit juga disokong oleh data Indeks Pengurus Pembelian Malaysia yang kukuh, seperti dilaporkan IHS Markit Ltd, selepas meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun iaitu 53.9 pada April 2021 -- yang tertinggi sejak Julai 2012 -- daripada 49.9 pada Mac 2021.

Ringgit sebelum ini diniagakan tidak menentu berbanding dolar AS disebabkan peningkatan jumlah kes Covid-19 harian di Malaysia.

Selain itu penganalisis turut bimbang mengenai kemampuan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani gelombang baharu penularan virus itu.

Rakan Kongsi Urusan Global, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata sentimen terhadap ringgit dipengaruhi oleh cadangan KKM supaya PKP dilaksanakan kembali di negeri yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi untuk mengekang penularannya.

“Di Asia, lengkungan pandemik terus menjejaskan mata wang serantau susulan kemunculan kluster jangkitan dan varian India baharu,” katanya.

Pandangan itu disokong oleh peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, yang berkata pasaran mendatar sejak beberapa hari lepas ekoran ketidaktentuan yang disebabkan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Malaysia.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9417/9494 daripada 4.9441/9479 ketika ditutup pada Isnin namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0820/0874 daripada 3.0803/0831.

Ringgit turut susut berbanding pound Britain kepada 5.6974/7060 daripada 5.6835/6882 dan lemah berbanding yen kepada 3.7566/7619 daripada 3.7463/7490.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619