AGENDA

Litar pintas punca 15 kedai di Pantai Morib terbakar

3 Mei 2021, 3:35 PM
Litar pintas punca 15 kedai di Pantai Morib terbakar

SHAH ALAM, 3 MEI: Sebanyak 15 kedai di Pantai Morib, Banting musnah terbakar akibat litar pintas dalam kejadian petang tadi, kata ketua polis Kuala Langat.

Superintendan Azizan Tukiman berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP Telok Panglima Garang termasuk dua kereta peronda (MPV) polis bergegas ke lokasi.

"Kebakaran melibatkan 15 kedai, ketika kejadian hanya dua sahaja yang beroperasi dan ia berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam.

"Keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai meliputi bumbung, perkakasan elektrik seperti peti ais, mesin tebu dan peralatan dapur," katanya menerusi kenyataan.

Azizan berkata insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619