AGENSI

Petaling, Hulu Langat catat tiga angka kes Covid-19

3 Mei 2021, 3:10 PM
Petaling, Hulu Langat catat tiga angka kes Covid-19
Petaling, Hulu Langat catat tiga angka kes Covid-19

SHAH ALAM, 3 MEI: Daerah Petaling dan Hulu Langat merekodkan tiga angka kes baharu Covid-19 di negeri ini hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada 637 kes yang dilapor, 240 kes dicatat di Petaling dan 109 kes di Hulu Langat.

"Mukim Petaling mencatat 101 kes diikuti Damansara (59), Sungai Buloh (54) dan Bukit Raja (26).

"Sementara mukim Kajang merekodkan 46 kes diikuti Cheras (36), Ampang (18), Hulu Langat (4), Semenyih (3) dan Beranang (2)," katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, daerah lain mencatat bilangan bawah 100 iaitu Kuala Langat 97 kes diikuti Klang (81), Gombak (57), Hulu Selangor serta Kuala Selangor (15), Sepang (12) dan Sabak Bernam (11).

JKNS memaklumkan kesemua kes jangkitan Covid-19 hari ini adalah kes dalam komuniti tanpa membabitkan kes import.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619