AGENSI

Tourism Selangor-MSU perkasa pendidikan, latihan dua hala

3 Mei 2021, 8:13 AM
Tourism Selangor-MSU perkasa pendidikan, latihan dua hala

SHAH ALAM, 3 MEI: Tourism Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) bagi memperkasa pendidikan, latihan dan penyelidikan secara dua hala.

MoU itu ditandatangi oleh Pengurus Besar Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad dan Naib Presiden Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU Profesor Dr Abdul Jalil Ghazali pada 26 April lalu.

Agensi promosi pelancongan negeri itu berkata kerjasama berkenaan memberi peluang kepada MSU mempromosikan Tourism Selangor selain menggalakkan pelajar menjalani latihan industri di situ.

"Pihak Tourism Selangor dan MSU dapat bekerjasama dalam bidang kajian dan pembangunan yang turut meliputi pertukaran bahan penyelidikan serta penerbitan dan pembentangan.

"Turut diperkenal Anugerah Industri pada Majlis Konvokesyen MSU untuk pelajar terpilih selain terlibat dalam program dan seminar perindustrian," katanya dalam kenyataan.

Tourism Selangor berkata kakitangan MSU turut berpeluang menaik taraf kelayakan melalui tawaran sijil profesional yang diuruskan oleh agensi berkenaan.

Agensi itu menambah, pihaknya berdedikasi dalam membangunkan semula industri pelancongan negeri dengan menerokai pelbagai cabang.

"Ini termasuk pemerkasaan industri dari peringkat pendidikan tinggi untuk memartabatkan pelancongan negeri dari akar umbi," kata agensi itu lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619