AGENDA

80,000 rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun

3 Mei 2021, 4:04 AM
80,000 rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun

SHAH ALAM, 3 MEI: Pembinaan 80,000 Rumah Selangorku Idaman dan Harapan yang dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun bakal menyuntik pulangan RM17 bilion kepada ekonomi negeri.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Soffan Affendi Aminudin berkata projek sedemikian akan melancarkan perkembangan ekonomi negeri dalam jangka panjang.

"Dari sudut pembinaan, ia akan berjalan, dari sudut pekerjaan ia akan berjalan, pembiayaan berjalan dan ia akan memberi nilai tambah kepada individu yang mempunyai rumah tersebut,” katanya pada 28 April.

Beliau memaklumkan langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kelestarian ekonomi sebagai reaksi Laporan Tahunan 2020 Bank Negara Malaysia yang meramalkan ekonomi berkembang pada kadar 6 hingga 7.5 peratus tahun ini.

Soffan Affendi berkata projek melibatkan 45,000 unit Rumah Idaman diselenggara MBI manakala bakinya dijayakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang membina Rumah Harapan.

Jelasnya, kedua-dua jenis pangsapuri berkeluasan minimum 1,000 kaki persegi itu layak dimiliki isi rumah berpendapatan RM10,000 sebulan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619