AGENSI

KDEBWM rai 94 anak yatim, asnaf beli baju raya

2 Mei 2021, 2:19 PM
KDEBWM rai 94 anak yatim, asnaf beli baju raya
KDEBWM rai 94 anak yatim, asnaf beli baju raya
KDEBWM rai 94 anak yatim, asnaf beli baju raya

SHAH ALAM, 2 MEI: Keceriaan terpancar pada wajah 94 anak yatim dan asnaf apabila dibawa memilih kelengkapan baju Raya oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sebagai persiapan menjelang Syawal.

Kesemua mereka dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Kajang; Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Sabak Bernam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata sumbangan julung kali itu adalah sebahagian daripada aktiviti infaq bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

[caption id="attachment_470206" align="alignright" width="426"] Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEB Waste Management (KDEBWM) Mahfuzah Muhammad Tarmidi bercakap kepada Media Selangor selepas program pembelian baju raya bersama anak yatim di Jakel, Shah Alam pada 2 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Sebanyak RM24,490 dana berjaya dikumpul hasil kutipan daripada 400 kakitangan agensi ini sejak awal hingga akhir April lalu bagi menjayakan program ini.

“Inisiatif ini disambut baik oleh warga kerja kami yang ikhlas membantu golongan tersebut untuk mengukir senyuman di hari raya,” katanya kepada pemberita selepas program Mahabbah Aidilfitri KDEBWM dan Yide di gedung tekstil Jakel, Seksyen 7 di sini hari ini.

Sementara itu, penerima Zulsafwan Rashidi, 14, yang menghuni Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara sejak lima tahun lalu teruja diberi peluang memilih baju raya sendiri memandangkan sudah lama tidak mempunyai pakaian baharu.

[caption id="attachment_470207" align="alignleft" width="377"] Zulsafwan rashidi, 14[/caption]

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya tidak perlu membazirkan wang emak membeli pakaian baharu dan boleh membelanjakan wang itu untuk mendapatkan kelengkapan raya dua lagi adik beradik saya di rumah,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Nada sama dilontarkan penghuni Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Intan Fahana Ramli, 14, yang menyifatkan Aidilfitri tahun ini bermakna kerana dapat membeli baju kurung diidamkan untuk disarungkan pada pagi lebaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619