AGENSI

Program saringan komuniti dijangka dilaksana dalam tempoh terdekat

2 Mei 2021, 4:26 AM
Program saringan komuniti dijangka dilaksana dalam tempoh terdekat

SHAH ALAM, 2 MEI: Program saringan komuniti anjuran Kerajaan Negeri dijangka dilaksana dalam tempoh terdekat susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Selangor.

Pengurus Klinik Selcare berkata program saringan percuma untuk rakyat itu memang sudah dirancang dan pihaknya hanya menanti 'lampu hijau' untuk mengendalikannya.

"Mungkin kita akan mula minggu ini. Ketika ini kita tunggu keputusan dari bilik gerakan dan Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO) mengenai lokasi mana yang akan dimulakan dulu.

"Kali terakhir kita adakan pada minggu lalu di Bandar Sungai Long Kajang," kata Mohd Noor Md Nasir ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tatacara operasi piawai (SOP) dan tidak keluar rumah tanpa tujuan penting bagi mengelak peningkatan kes dalam komuniti.

Semalam, kes Covid-19 di Selangor kembali kepada tiga angka iaitu 759 kes selepas beberapa hari sebelumnya mencatat bilangan melebihi empat angka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619