AGENDA

KEADILAN sasar bertanding 25 kerusi DUN Selangor

2 Mei 2021, 1:38 AM
KEADILAN sasar bertanding 25 kerusi DUN Selangor

SHAH ALAM, 2 MEI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyasarkan untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor berkata pihaknya juga akan membincangkan lebih lanjut kedudukan tiga kerusi Parlimen di negeri itu.

"Insya-Allah menjelang PRU akan datang, kita ingin menambah daripada 21 kerusi (sedia ada) menjadi 25.

"Begitu juga di kerusi Parlimen ada tiga lagi perlu dibincang iaitu dua daripadanya, Sungai Besar yang hampir pasti kita dapat dan satu lagi Tanjong Karang sedang dalam perkiraan," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada program iftar perdana KEADILAN Selangor di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli majlis pimpinan pusat KEADILAN.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar menambah kesempatan menganjurkan program berbuka puasa itu digunakan untuk memperkukuh ukhwah dan solidariti dalam mendepani musuh politik yang menunggu merosakkan parti.

"Selangor adalah sebahagian tiang seri penting. Saya tahu kalau mereka (musuh) berjaya merampas dan menggugat, kita juga akan tergugat secara amnya di Malaysia.

"Sebab itu dari semasa ke semasa, kita memperkukuh... dan Selangor antara negeri pertama yang berjaya membentuk seluruh jawatankuasa pilihan raya parlimen," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619