AGENSI

Media Selangor edar 300 pek bubur lambuk di Mydin Mall USJ

1 Mei 2021, 1:03 AM
Media Selangor edar 300 pek bubur lambuk di Mydin Mall USJ

SUBANG JAYA, 1 MEI: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) mengedarkan sebanyak 300 pek bubur lambuk di pusat membeli-belah Mydin Mall USJ di sini semalam.

Pengurus kanan pengiklanan, pemasaran dan jualannya berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan merapatkan silaturahim antara pihak media dan masyarakat.

"Alhamdulillah kita berjaya menghabiskan edaran dalam tempoh sejam dan akan meneruskan lagi ke beberapa lokasi sehingga hujung Ramadan ini.

"Kita harap sumbangan ini menceriakan penerima sekali gus dapat dijadikan juadah berbuka puasa terutama kepada umat Islam," kata Nursuziana Zulkifli kepada SelangorKini.

Progran CSR pertama kali Media Selangor turut mendapat kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi syarikat berkenaan iaitu Kerisemas.

Selain bubur lambuk, turut diedarkan akhbar SelangorKini kepada pengunjung pasar raya berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619