AGENDA

Kurang dua bulan dapat kerjaya sesuai kemahiran

30 Apr 2021, 5:42 AM
Kurang dua bulan dapat kerjaya sesuai kemahiran
Kurang dua bulan dapat kerjaya sesuai kemahiran

SHAH ALAM, 30 APRIL: Dalam masa kurang dua bulan sahaja, pencari kerja memperoleh pekerjaan sesuai menerusi inisiatif Selangor Kerjaya.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Soffan Affendi Aminudin berkata aspek kemahiran dipadankan dengan pencari kerja dalam program itu.

Beliau menjelaskan sesetengah individu yang memiliki kelayakan tertentu tidak meminati bidang yang dipelajarinya sebaliknya mahir dalam lapangan lain.

[caption id="attachment_469904" align="alignleft" width="375"] Soffan Affendi Aminudin[/caption]

"Kita sepadankan kemahiran dengan penawaran. Hari ini awak mohon, kita akan saring dulu dan lihat bakat, kemahiran awak ini cenderung ke arah mana.

"Proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga minggu dan tempoh sebulan lagi untuk diberi latihan," katanya pada 28 April.

Soffan Affendi berkata Selangor Kerjaya juga berfungsi merapatkan jurang kemahiran antara bakal pekerja dengan majikan.

Lebih 6,000 pencari kerja mendaftar program Selangor Kerjaya setakat ini dan hasilnya dijangka dilihat pada suku ketiga pada tahun ini.

Laman web www.selangorkerjaya.com.my dilancarkan Dato’ Menteri Besar pada 26 Januari bagi menangani isu penggangguran dalam jangka pendek dan panjang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619