AGENSI

Petaling catat hampir separuh jumlah kes Covid-19 di Selangor

29 Apr 2021, 3:13 PM
Petaling catat hampir separuh jumlah kes Covid-19 di Selangor
Petaling catat hampir separuh jumlah kes Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kes Covid-19 di Petaling hari ini mencatat hampir separuh daripada jangkitan baharu di negeri ini iaitu 504 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan mukim Petaling mencatat bilangan tertinggi iaitu 196 kes diikuti Damansara (161), Sungai Buloh (113) dan Bukit Raja (34).

"Daerah kedua tertinggi adalah Hulu Langat dengan 217 kes diikuti Klang (125), Gombak (83), Sepang (45), Kuala Langat (37), Kuala Selangor (36), Sabak Bernam (21) dan Hulu Selangor (15)," katanya menerusi Facebook.

JKNS berkata daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 1,060 kes jangkitan dalam komuniti serta 23 kes membabitkan penjara.

"Secara keseluruhan sebanyak 131,625 kes Covid-19 telah dilaporkan di Selangor dengan 987 kes sembuh dan tiga kematian hari ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619