AGENDA

MB sokong UPSR dimansuh demi agenda baharu pendidikan

29 Apr 2021, 2:00 PM
MB sokong UPSR dimansuh demi agenda baharu pendidikan

AMPANG JAYA: Dato' Menteri Besar meminta semua pihak menyokong pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) demi menjayakan agenda baharu pendidikan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata era penilaian murid bersandarkan keputusan peperiksaan perlu diubah kepada pendekatan baharu yang holistik.

"Anak-anak berdepan cabaran sejak perebakan Covid-19 apabila sesi sekolah tidak berjalan seperti biasa sehingga memberi kesan kepada calon peperiksaan.

"Keadaan ini mewujudkan generasi keliru atau kelam kabut, justeru sekarang masa terbaik semua pihak menyokong usaha ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau kerosakan bumbung Blok E Flat PKNS AU2 di Taman Keramat di sini, susulan kejadian ribut semalam.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR bermula tahun ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619