AGENDA

KPDNHEP Selangor periksa 1,271 premis, kesan tiga aduan naik harga

28 Apr 2021, 5:20 AM
KPDNHEP Selangor periksa 1,271 premis, kesan tiga aduan naik harga

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa 1,271 premis setakat semalam bagi memantau harga barangan.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga aduan kenaikan harga diterima sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya, lapor Harian Metro.

Beliau menjelaskan pemantauan selaras Skim Pelaksanaan Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi membendung kenaikan tidak munasabah.

"Berdasarkan jumlah aduan (yang tidak banyak), kita tahu peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya selepas meninjau Pasar Besar Jalan Othman di sini hari ini.

Muhamad Zikril Azan menambah pihaknya berpuas hati terhadap pematuhan tinggi peniaga dalam menetapkan harga dan berharap ia berterusan bagi manfaat pengguna.

Beliau turut meminta orang ramai memberi maklumat melalui semua saluran aduan KPDNHEP dengan menyertakan butiran lengkap jika mengesan kenaikan harga melampau.

"Kita harap semua pihak termasuk peniaga dan pengguna memainkan peranan masing-masing agar kita dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung salah laku etika oleh peniaga," katanya.

Saluran aduan seperti berikut:

1. Portal: e-aduan.kpdnhep

2. Talian: 1-800-886-800

3. E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my

4. Aplikadi Ez ADU KPDNHEP

5. Talian Pusat Arahan Penguatkuasaan: 03-8882 6088/6245

6. WhatsApp: 0192794317

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619