AGENDA

Tiga tahun berturut bagi bantuan kewangan, hargai petugas masjid

28 Apr 2021, 1:25 AM
Tiga tahun berturut bagi bantuan kewangan, hargai petugas masjid

KUALA LANGAT, 28 APRIL: Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada petugas masjid membuktikan komitmen Kerajaan Negeri menjaga kebajikan golongan itu.

Malah, Dato' Menteri Besar berkata Selangor antara negeri terawal yang menyalur bantuan kewangan membabitkan nazir, imam, siak dan bilal.

"Insentif sempena perayaan diberikan selama tiga tahun berturut-turut untuk menghargai peranan bagi memastikan institusi masjid sentiasa terjaga.

"Justeru, Kerajaan Negeri berharap semua petugas masjid terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh semangat," katanya Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid Daerah Kuala Langat di Masjid At-Taqwa, Banting sempena Jelajah Ramadan Kita Selangor semalam.

Pada 23 April, Dato' Menteri Besar mengumumkan BKK sempena Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM500 kepada nazir, imam, siak dan bilal.

Kerajaan Negeri turut memperuntuk hampir RM2 juta kepada semua masjid di Selangor untuk aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk sejumlah RM377 juta bagi memartabat institusi agama meliputi pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor dan caruman Perkeso kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619