AGENSI

MBI belanja RM3 juta bantu masjid, B40 sepanjang Ramadan

28 Apr 2021, 12:40 AM
MBI belanja RM3 juta bantu masjid, B40 sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 28 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta diagihkan untuk program Jelajah Ramadan Kita Selangor oleh Dato' Menteri Besar.

Sementara baki, jelasnya, dibelanjakan untuk program Ihya Ramadan yang memfokuskan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan anak yatim.

"Kita akan jelajah ke seluruh daerah dan menyerahkan sumbangan kepada masjid, surau, institusi pendidikan, persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui pada program edaran 500 pek juadah berbuka puasa kepada Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini semalam.

Agihan itu sebahagian inisiatif Ihya Ramadan membabitkan peruntukan sebanyak RM280,000 di beberapa lokasi terpilih sehingga tamat puasa.

Antara agensi terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Lembaga Zakat Selangor, Universiti Selangor dan Universiti Pengurusan dan Sains.

Turut menerima agihan ialah Politeknik Shah Alam, Balai Bomba Shah Alam, Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Karangkraf Seksyen 15, Proton dan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

PPR Lembah Subang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, DUN Kota Anggerik, Pejabat Parlimen Shah Alam dan PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26 juga menerima pek makanan berbuka puasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619