AGENDA

Pulau Ketam pilihan penyeludup, pendatang asing ceroboh negara

27 Apr 2021, 2:15 PM
Pulau Ketam pilihan penyeludup, pendatang asing ceroboh negara

PELABUHAN KLANG, 27 APRIL: Pulau Ketam merupakan satu daripada pintu masuk pilihan penyeludup dan pendatang tanpa izin menceroboh negara ini berikutan lokasinya berhampiran negara jiran, kata polis.

Penolong Pengarah Pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Supt Ahmad Radzi Hussain berkata jarak di antara Pulau Ketam dan Tanjung Balai, Indonesia terlalu dekat iaitu kira-kira 20 hingga 30 batu nautika.

Ia mengambil masa perjalanan kurang daripada sejam menggunakan bot.

“Kedudukan pulau itu yang terletak berhampiran Rumah Api, One Phantom Bank juga memainkan faktor pulau itu menjadi pilihan.

"Oleh itu, Pulau Ketam ini menjadi perhatian penyeludup barangan kontraban seperti rokok dan arak selain menjadi transit bagi tekong darat untuk membawa masuk pendatang tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas melakukan rondaan di pulau itu hari ini.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata sejumlah 242 pendatang tanpa izin ditahan oleh PGA dalam tempoh 1 Jan hingga 26 April dan pasukan itu juga merampas pelbagai barang seludup yang dianggar bernilai RM5.3 juta, antaranya rokok dan arak.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619