AGENDA

PKPB Selangor dilanjut hingga 17 Mei

27 Apr 2021, 9:30 AM
PKPB Selangor dilanjut hingga 17 Mei

SHAH ALAM, 27 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor yang dijadual berakhir esok dilanjutkan sehingga 17 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata arahan sama turut dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

"Manakala Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan berstatus PKP Pemulihan.

"Ia berkuat kuasa pada 29 April sehingga 17 Mei kecuali Sarawak pada 27 April hingga 17 Mei," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Beliau menambah 10 daerah di Kelantan pula kekal di bawah PKP bermula 29 April hingga 17 Mei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619