AGENDA

Maqis rampas pokok hiasan dari Taiwan dengan serangga perosak

27 Apr 2021, 4:57 AM
Maqis rampas pokok hiasan dari Taiwan dengan serangga perosak

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 5,000 pokok tanaman hiasan jenis podocarpus macrophyllus dari Taiwan bernilai RM18,350 di Pelabuhan Klang Barat, setelah dikesan mengandungi serangga perosak.

Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata pemeriksaan rutin pegawai penguat kuasa pada 3.30 petang kelmarin mendapati kontena yang membawa tanaman hiasan dianggarkan seberat 6,690 kilogram itu mengandungi serangga perosak pada pokok berkenaan.

“Kes akan disiasat untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengimport produk pertanian yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar.

“Kesalahan berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda maksimum RM150,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri turut menasihati semua pengimport dan pengeksport supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya kawalan penyakit pada tumbuhan, ikan, haiwan serta jaminan keselamatan makanan negara terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619