AGENDA

Panglima TNI umum semua kru kapal selam KRI Nanggala terkorban

25 Apr 2021, 11:59 AM
Panglima TNI umum semua kru kapal selam KRI Nanggala terkorban

JAKARTA, 25 APRIL: Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

"Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti "authentic" itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam," katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya berdasarkan visual dari "Remotely Operated Underwater Vehicle" yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang telah "terbelah menjadi tiga bahagian" di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619