AGENDA

MB, isteri santai di Laman Budaya, agih makanan

24 Apr 2021, 11:51 PM
MB, isteri santai di Laman Budaya, agih makanan
MB, isteri santai di Laman Budaya, agih makanan

SHAH ALAM, 25 APRIL: Dato' Menteri Besar menghadiri program Jom Moreh, Sembang Sahur @ Laman Budaya Musical Fountain di Taman Tasik Shah Alam, malam tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari dengan ditemani Datin Seri Masdiana Muhamad mendengar tazkirah dan nyanyian lagu keagamaan oleh Pencetus Ummah (PU) Amin, PU Rahmat, Dai Syafiqay serta Akhil Hayy.

Amirudin kemudian mengagihkan makanan kepada pengunjung berjalan sekitar Laman Budaya.

[caption id="attachment_469303" align="aligncenter" width="657"] Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari menyaksikan persembahan dari kombo Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Ustaz Akhil Hayy ketika Program Jom Moreh, Sembang Sahur di Pancuran Air Muzikal Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 24 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau berkata program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berlangsung pada waktu malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bertujuan menyemarak aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

"Selain itu pelbagai persembahan turut diadakan pada hari biasa yang menjadi daya tarikan baharu pengunjung," katanya ditemui pemberita.

Laman Budaya Musical Fountain di Taman Tasik Shah Alam dibuka kepada pengunjung pada 30 Mac.

Pancuran air berirama setinggi 40 meter dilengkapi dengan sistem diod pemancar cahaya (LED) dan audio menjadi daya tarikan terbaharu pengunjung.

Projek menelan belanja RM1.96 juta itu juga sebahagian usaha MBSA memperkasa kembali sektor pelancongan di Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619