AGENSI

Sultan terima zakat niaga RM3.6 juta dari dua syarikat korporat

23 Apr 2021, 6:58 AM
Sultan terima zakat niaga RM3.6 juta dari dua syarikat korporat

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.6 juta daripada dua syarikat korporat.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima RM2.4 juta menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) manakala RM1.2 juta (Kumpulan Syarikat Rafulin).

MBI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Norita Mohd Sidek manakala Kumpulan Syarikat Rafulin, Pengarah Urusan Dato' Mohamed Raffee Chekku.

Penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sultan Sharafuddin ditemani DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi LZS Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619