AGENDA

Pemimpin komuniti dapat bantuan khas RM1,000, penggerak belia RM500

23 Apr 2021, 4:31 AM
Pemimpin komuniti dapat bantuan khas RM1,000, penggerak belia RM500
Pemimpin komuniti dapat bantuan khas RM1,000, penggerak belia RM500

SHAH ALAM, 23 APRIL: Sebanyak RM1,000 diberikan kepada pemimpin masyarakat negeri ini melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dato' Menteri Besar berkata golongan tersebut meliputi pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pegawai perhubungan kampung baru, bagan dan tersusun.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan bantuan kewangan sama turut diagihkan kepada ketua komuniti India dan penyelia Pusat Wanita Berdaya.

"Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Amirudin berkata Penggerak Belia Selangor (PeBs) bakal menerima BKK sebanyak RM500.

Bantuan khas itu membabitkan dana lebih RM22 juta yang turut memanfaatkan penjawat awam dan petugas masjid di seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619