AGENSI

Yide hulur bantuan kepada warga emas terlibat kebakaran

22 Apr 2021, 3:42 AM
Yide hulur bantuan kepada warga emas terlibat kebakaran

SHAH ALAM, 22 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalur sumbangan wang tunai kepada seorang warga emas yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Pengurus operasinya berkata bantuan diagih kelmarin turut meliputi barangan antaranya tuala, kain pelikat, sepasang baju harian, selimut dan kit pembersihan diri bagi meringankan beban Bukhari Amat Sani.

Md Arifin Jaafar memaklumkan sumbangan disampaikan kepada Nazir Masjid Jamek kampung terbabit, Mazalan Yusop bagi mewakili mangsa yang kini menetap di rumah anaknya di Rawang.

"Terima kasih kepada penyumbang yang menginfaq melalui tabung dana musibah Yide. Semoga bantuan anda dapat meringankan beban mereka memerlukan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian berpunca dari pembakaran sampah bagi membersihkan halaman rumah oleh anak mangsa yang tinggal berhampiran.

"Kejadian mengakibatkan ruang dapur dan bilik simpanan atau stor di bahagian belakang rumah musnah," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619