AGENDA

Mufti: Puasa batal jika berbuka tiga minit awal

21 Apr 2021, 8:44 AM
Mufti: Puasa batal jika berbuka tiga minit awal

SHAH ALAM, 21 APRIL: Seseorang yang berbuka seawal tiga minit sebelum masuk waktu Maghrib, maka puasanya terbatal, jelas mufti Selangor.

Namun Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata jika individu berkenaan berbuka selepas tempoh azan tersebut, puasanya masih sah.

Beliau mengulas kesilapan Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu pada Isnin lalu.

"Andai kata ada orang berbuka sebaik terdengar laungan Allahuakhbar maka terbatal tetapi jika telah selesai azan baru berbuka dikira sah kerana ia biasanya tiga minit paling minimum.

"Situasi sama jika kita terus solat, jadi tidak sah sebab belum masuk waktu. Kalau azan secara berlagu ia berlarutan empat minit maka tak batal," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun Mohd Tamyes menjelaskan pihaknya tidak menerima aduan mengenai kejadian luar jangka itu.

Nasihatnya, jika kesilapan diakui pihak masjid, maka wajib untuk mereka yang terus berbuka pada waktu itu menggantikan puasa.

"Jadikan satu pengajaran supaya akan datang kita bukan sekadar mendengar azan tetapi perlu memastikan waktu sebenar bagi meyakinkan untuk berbuka di samping yakin puasa kita sah," katanya.

Terdahulu tular di media sosial kenyataan Masjid Al-Khairiyah memohon maaf memaklumkan berlaku masalah teknikal pada paparan digital waktu azan hingga azan Maghrib dilaungkan tiga minit lebih awal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619