AGENDA

Polis kesan dua lagi video baharu promosi judi, tiga individu ditahan

20 Apr 2021, 2:01 AM
Polis kesan dua lagi video baharu promosi judi, tiga individu ditahan

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Tiga termasuk dua wanita ditahan berhubung pembikinan dua lagi video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua suspek rakyat tempatan berusia 21 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar ibu kota selepas polis mengesan dua video baharu masing-masing berdurasi 30 saat dan 48 saat yang mempromosikan perjudian secara dalam talian, semalam.

Setakat ini, katanya polis telah menerima dua laporan berhubung perkara itu.

"Kesemua suspek akan direman hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan perjudian dan pembikinan video itu.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut malah perbuatan sedemikian bukan sahaja salah mengikut undang-undang tetapi boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619