BERITA UTAMA

MDHS antara empat PBT terawal guna kemudahan digital

17 Apr 2021, 5:30 AM
MDHS antara empat PBT terawal guna kemudahan digital

SHAH ALAM, 17 APRIL: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) merupakan antara empat pihak berkuasa tempatan (PBT) terawal menggunakan kemudahan digital dalam pentadbirannya.

PBT itu berkata pihaknya mula mengguna rangkaian internet Selangor Gigabit Network (SeGNet) bermula penghujung 2020 sejajar agenda Smart Selangor di bawah domain Infrastruktur Digital Pintar.

"Rangkaian SeGNet banyak membantu kami dalam mesyuarat secara virtual atau maya di mana ia lebih mudah, tidak secara bersemuka, menjimatkan kos dan mengupayakan talian dengan lebih efektif dan efisyen oleh kakitangan," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, MDHS menerima penghargaan sebagai pengguna terawal kemudahan itu pada Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor yang dianjurkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)  di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan semalam.

Majlis yang disempurnakan Dato' Menteri Besar bertujuan menghargai usaha PBT dalam menggerakkan tranformasi digital untuk sektor awam di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor bersedia menjadi komponen penting bagi menjayakan sasaran 80 peratus penggunaan storan awan dalam sektor awam menjelang tahun depan, selari dengan pelan MyDigital Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, beberapa inovasi sistem berkenaan sudah dibangunkan dan dilaksana menerusi inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor (SDI) yang dikendalikan SSDU.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619