AGENSI

JKNS tawar jawatan pembantu tadbir kontrak program vaksin

17 Apr 2021, 2:21 AM
JKNS tawar jawatan pembantu tadbir kontrak program vaksin
JKNS tawar jawatan pembantu tadbir kontrak program vaksin

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menawarkan jawatan kosong kontrak sebagai pembantu tadbir (N19) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Jabatan menjelaskan tawaran tersebut terbuka kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi 2021.

"Pemohon mestilah berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya oleh kerajaan dengan tawaran gaji RM1,600 sebulan.

"Tempoh kontrak sehingga 31 Disember 2021 dan akan di tempatkan di JKNS," katanya menerusi hebahan di Facebook.

Tambahnya, individu yang layak boleh mengemukakan resume beserta gambar berwarna dan salinan sijil berkaitan ke e-emel ctzawiah@moh.gov.my pada atau sebelum 23 April jam 2 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619