AGENDA

Ringgit didagang pada paras semasa minggu hadapan

17 Apr 2021, 2:15 AM
Ringgit didagang pada paras semasa minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Ringgit dijangka didagangkan pada paras semasa minggu hadapan, di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur susulan pengaruh daripada perkembangan luaran dan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19, kata seorang penganalisis.

“Saya berpendapat kita bergerak ke dalam keadaan keberkecualian untuk pertukaran asing (FX) dan pasaran bon ... jadi, saya menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam jajaran yang sama minggu hadapan antara paras 4.12 dan 4.14.

“Tetapi peniaga bimbang dengan aliran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh yang seterusnya akan melonjakkan hasil bon AS dan berkemungkinan merencatkan sentimen kenaikan ringgit pada minggu tersebut,” kata Ketua Strategi Pasaran Global Stephen Innes kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar US kepada 4.1250/1290 daripada 4.1330/1370 yang dicatatkan semasa minggu sebelum ini.

Ringgit adalah lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0929/0964 daripada 3.0800/0839 serta lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7903/7943 daripada 3.7689/7733.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.6834/6898 daripada 5.6618/6685 dan merosot berbanding euro kepada 4.9405/9465 daripada 4.9141/9205.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619