AGENDA

Patuh arahan parti, Amirudin sedia tanding kerusi Gombak

16 Apr 2021, 7:57 AM
Patuh arahan parti, Amirudin sedia tanding kerusi Gombak

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan keputusan untuk bertanding mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor yang juga wakil rakyat Sungai Tua, salah satu Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gombak, juga sedia jika dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen tersebut.

"Kemungkinan bagi saya itu macam-macam. Mungkin (bertanding) dan mungkin juga tidak tetapi yang pasti, kemungkinan untuk saya lompat parti itu tidak ada," tegasnya.

Amirudin ditanya sama ada beliau mungkin bertanding kerusi yang pernah disandang pemimpin utama KEADILAN selepas majlis pelancaran inisiatif Infrastruktur Digital Pintar Smart Selangor (SDI) di Wisma Ehsan di sini hari ini.

Dato' Menteri Besar juga menjelaskan beliau sebagai ahli parti yang setia perlu patuh sebarang keputusan pimpinan tertinggi parti.

"Saya berhasrat memastikan Selangor menyumbang kerusi untuk KEADILAN serta Pakatan Harapan (PAKATAN). Itu adalah strategi dan taktikal yang akan dibincangkan bila tiba masa yang sesuai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619