AGENDA

Polis siasat penerbit, pelakon video promosi judi bertema Aidilfitri

16 Apr 2021, 6:02 AM
Polis siasat penerbit, pelakon video promosi judi bertema Aidilfitri
Polis siasat penerbit, pelakon video promosi judi bertema Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penerbit dan pelakon-pelakon disyaki terlibat dalam sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian yang tular dan mengundang kecaman netizen.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata isu kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Beliau berkata siasatan PDRM akan lebih menjurus kepada penerbit dan para pelakon yang terlibat dalam video itu.

"Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Acryl Sani berkata PDRM menerima satu laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video itu.

Menurutnya lagi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam," katanya.

Hari ini, tular di media sosial satu video yang berdurasi selama dua minit satu saat bertemakan Aidilfitri yang mempromosikan perjudian dalam talian.

- BERNAMA

 

[caption id="attachment_468318" align="aligncenter" width="500"] Paparan tangkap layar video promosi kegiatan judi dalam talian bertema sambutan hari raya yang tular di media sosial.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619