AGENSI

Selangor lahirkan kelompok usahawan mampu berdikari

16 Apr 2021, 1:20 AM
Selangor lahirkan kelompok usahawan mampu berdikari

GOMBAK, 16 APRIL: Kerajaan Negeri berada di landasan tepat melahirkan kelompok usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mampu bertahan meskipun berdepan kemelesetan ekonomi.

Dato' Menteri Besar berkata peniaga diwujudkan menerusi program Hijrah Selangor menjadi sendi ekonomi negara khususnya Selangor untuk menampan ketidaktentuan global.

"Kita mahu lahirkan usahawan yang tidak perlukan tongkat kerajaan, contohnya bagaimana Korea Selatan mampu bertahan ketika dilanda krisis mata wang dan pendemik Pernafasan Akut Teruk (SARS) dahulu.

"Kejayaan mengharungi ketidaktentuan dunia disokong kekuatan PKS yang terus menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Iftar Hijrah Selangor di Banquet Hall Al-Hijrah di sini semalam.

Beliau berkata dasar merakyatkan ekonomi diperkenalkan pentadbiran terdahulu tidak lagi sesuai serta diganti dengan bantuan bersasar.

"Dahulu kita beri kepada semua rakyat tanpa selidik sama ada mereka benar-benar perlukan bantuan, ini menyebabkan orang yang tidak layak pun terima.

"Sekarang kita libat apa yang mereka mahu, justeru kita bantu golongan sasar meningkatkan perniagaan yang mereka minat usahakan," katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin menyarankan usahawan yang berjaya berganding baju bersama Kerajaan Negeri membantu peniaga terjejas akibat Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619