AGENDA

Laporan C4 tidak bertanggungjawab, Yawas gesa tarik balik

15 Apr 2021, 10:00 AM
Laporan C4 tidak bertanggungjawab, Yawas gesa tarik balik

SHAH ALAM, 15 APRIL: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menggesa Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) supaya menarik balik laporan yang mengaitkannya dengan skandal kewangan.

Menegaskan dakwaan badan bukan kerajaan itu tidak berasas, pengurus besarnya berkata gambaran dalam dokumen bertajuk 'Foundations and Donations: Political Financing, Corruption and the Pursuit of Power' tidak bertanggungjawab.

"Cara laporan dan penyenaraian seperti ini tanpa semakan fakta dan ulasan yang lanjut daripada Yawas telah mengundang persepsi yang salah dan negatif... seterusnya menjejaskan imej Kerajaan Negeri.

"Atas prinsip laporan yang adil, bahagian berkenaan Yawas dalam laporan C4 perlu ditarik balik," kata Gan Pei Nei dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata yayasan tersebut sentiasa mematuhi tadbir urus korporat yang ditetapkan undang-undang, malah tatacara pengurusan Yawas terikat dengan ketetapan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Gan juga menjelaskan penyata kewangan tahunan Yawas juga disemak oleh audit luar selain dipantau Jabatan Audit Dalaman Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

"Malahan, pengauditan yang dijalankan oleh pihak Audit Negara terhadap Yawas pada 2018 mendapati pengurusan Yawas berada di tahap pencapaian yang memuaskan," katanya.

Dalam laporan tersebut, Yawas disenarai dalam lampiran jadual seiring skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal melibatkan ahli politik Umno-BN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619