AGENDA

Geran padanan bantu peniaga kecil beralih ke konsep maya

12 Apr 2021, 8:57 AM
Geran padanan bantu peniaga kecil beralih ke konsep maya

SHAH ALAM, 12 APRIL: Program Geran Padanan Digitalisasi Perbadanan Kecil Sederhana (PKS) dilancarkan bagi membantu peniaga beralih dari konsep fizikal ke maya.

Dato' Menteri Besar berkata bantuan antara RM1,000 hingga RM5,000 bakal memanfaatkan 1,000 usahawan kecil negeri ini bergantung kepada keperluan.

"Kelulusan nilai geran bergantung keperluan membabitkan aspek e-dagang, pameran digital, sistem sumber manusia, perakaunan dan pasaran elektronik.

"PKS yang kekurangan sumber digalakkan memohon inisatif ini demi mengukuhkan jangkauan pendigitalan perniagaan mereka," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas merasmikan program berkenaan.

Turut hadir EXCO Industri Kecil dan Sederhana Dato’ Teng Chang Khim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nor Azmie Diron.

Amirudin berkata PKS yang ingin memohon perlu memenuhi beberapa syarat antaranya beroperasi selama setahun di negeri ini dan mencatat perolehan tahunan lebih RM300,000.

Beliau menambah permohonan berlangsung selama sebulan mulai 15 April, jam 12 tengah hari melalui pautan https://www.sidec.com.my/selangorgrant2021/.

"Beberapa panel agensi kerajaan akan menilai semua permohonan bagi memastikan agenda program berkesan sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619