PBT

MDHS santuni golongan kurang mampu sempena Ramadan

12 Apr 2021, 6:26 AM
MDHS santuni golongan kurang mampu sempena Ramadan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 422 individu dari golongan kurang berkemampuan dan orang kelainan upaya (OKU) di Hulu Selangor menerima sumbangan barangan keperluan sempena kedatangan Ramadan esok.

Yang dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berkata pada Program Ziarah Ramadan pada Sabtu lalu, pihaknya mengagih barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak, susu tin, sardin, milo, bihun, telur, kicap dan kurma.

"Dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang ini, ramai di luar sana terjejas pendapatan mereka malah ada yang hilang mata pencarian.

"Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada golongan ini untuk turut sama menyambut kedatangan Ramadan selain mengurangkan sedikit beban menguruskan perbelanjaan mereka," kata Dr Mohd Azhar Mohamed Ali dalam kenyataan di Facebook.

Selain Mohd Azhar, turut terlibat adalah 20 kakitangan dan 25 ahli majlis dalam menjayakan program yang masuk tahun ke-11 penganjurannya sejak 2010.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619