AGENSI

Operasi padam 11 kontena terbakar di perairan Pulau Carey masih berjalan

11 Apr 2021, 6:04 AM
Operasi padam 11 kontena terbakar di perairan Pulau Carey masih berjalan

SHAH ALAM, 11 APRIL: Operasi pemadaman 11 kontena barangan perindustrian yang terbakar di dalam sebuah kapal kargo, Interasia Catalyst di perairan Pulau Carey pada Rabu lepas masih giat dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata JBPM menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 5.38 petang bermula dengan lima kontena yang kemudiannya merebak ke 11 kontena hari ini.

“Pihak bomba telah berjaya membuka lapan kontena bagi memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 47 angota bomba dari balai bomba Port Klang, North Port, Westport, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, dan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia digegaskan ke lokasi kira-kira 15 batu nautika di perairan Pulau Carey, bagi membantu pemadaman kebakaran.

"Setakat ini, lima kontena telah padam sepenuhnya, tiga kontena membawa Sodium Carbonate Peroxyhydrate sedang disejukkan manakala tiga kontena selebihnya dalam proses pemadaman,” kata Hafisham.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619