PBT

35 warga kerja MDHS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

11 Apr 2021, 5:08 AM
35 warga kerja MDHS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 35 pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang mempamerkan mutu kerja dan sumbangan terbaik sepanjang tahun lalu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Yang Dipertuanya Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata pihaknya sentiasa komited menghargai pengorbanan dan usaha warga kerja dalam meningkatkan produktiviti serta penyampaian perkhidmatan.

"Penerima APC diharap tidak leka dan meninggi diri dengan pengiktirafan diperoleh sebaliknya terus berusaha untuk menjadi suri tauladan di jabatan masing-masing," katanya  pada majlis penganugerahan itu di Setia Eco Templer's, Rawang pada 9 April.

Dalam acara tersebut, enam warga kerja turut menerima Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun sebagai mengiktiraf kesetiaan terhadap pihak berkuasa tempatan itu selain lapan kakitangan akan bersara wajib atau pilihan menerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Pihak berkuasa tempatan itu juga menobatkan seorang penerima Anugerah Khas Yang Dipertua termasuk memberi penghargaan Belasungkawa kepada dua waris kakitangan yang meninggal dunia sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis yang diadakan dengan tatacara operasi piawai (SOP) itu disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619