AGENDA

Selangor sedia kaji kadar elaun nazir masjid

9 Apr 2021, 3:20 PM
Selangor sedia kaji kadar elaun nazir masjid

GOMBAK, 9 APRIL: Kerajaan Negeri bersedia mengkaji semula elaun bulanan nazir masjid seluruh Selangor selepas mendapat permintaan golongan itu.

Dato' Menteri Besar berkata perkara tersebut akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk penilaian bersama EXCO hal ehwal agama Islam.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri beri peruntukan besar membabitkan gaji pengurusan masjid.

“Nazir bukan pengurusan tetapi sukarela dan elaun yang dibayar tanda penghargaan Kerajaan Negeri,” kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas menyerahkan sumbangan Ihya Ramadan di Masjid Selayang Baru di sini.

Beliau menambah perkara tersebut memerlukan penelitian berikutan kosnya yang tinggi, dijangka mencecah RM40 juta jika dilaksanakan.

“Kita akan bincang kerana kosnya bukan kecil, kita ada lebih 500 masjid dan nilainya lebih RM40 juta jika dilaksana secara pengurusan terus melalui Jabatan Agama Islam Selangor dan pejabat agama daerah,” katanya.

Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM400,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya Ramadan tahun ini.

Amirudin berkata setiap masjid menerima dana berjumlah RM10,000 sementara RM5,000 kepada surau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619